JUMLAH KOLEKSI
MONOGRAF
TERBITAN BERSIRI
KANDUNGAN DIGITAL
Perpustakaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah ditubuhkan pada tahun 1988 dan telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato' Paduka Salehuddin bin Mohamed, Ketua Setiausaha Negara pada 7 April 1988. Pada awalnya Perpustakaan JPM merupakan sebuah Unit Perpustakaan di bawah Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Sumber Manusia (BPPSM), JPM yang pada ketika itu beroperasi di Kompleks Kerajaan Persekutuan Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur.
Pada hujung tahun 1999, Perpustakaan JPM telah berpindah ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru di Aras 4, Blok B1, Kompleks JPM, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pada 1 Mei 2007, Unit Perpustakaan telah ditukarkan nama kepada Seksyen Perpustakaan dibawah Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri (PAJPM) selaras dengan penstrukturan semua BPPSM yang ditukar nama kepada Pentadbiran Am, JPM. Melalui penstrukturan tersebut, Perpustakaan JPM dipecahkan kepada tiga (3) unit utama, iaitu:
1. Unit Perkhidmatan Teknik dan Dokumentasi;
2. Unit Perkhidmatan Maklumat; dan
3. Unit Perkhidmatan Elektronik
Selaras dengan keperluan semasa bagi memenuhi kehendak warga kerja PAJPM, Perpustakaan JPM telah membuka cawangan Perpustakaan di Aras 1, Blok B1, Kompleks JPM pada 23 Mac 2010. Di aras 1, Perpustakaan JPM menyediakan perkhidmatan kepada pengguna untuk pinjaman dan pemulangan buku (sirkulasi). Manakala, di aras 4 fungsinya adalah menjurus kepada pengurusan, teknikal, pendokumentasian bahan dan operasi pentadbiran perpustakaan.
Bermula Januari 2019, Perpustakaan telah melaksanakan penstrukturan semula bagi memantapkan dan menyusun semula struktur sedia ada daripada 3 unit kepada 2 unit iaitu ;
1. Unit Pembangunan Koleksi dan Automasi (Aras 4); dan
2. Unit Perkhidmatan Maklumat (Aras 1)
Seterusnya, pada penghujung tahun sekitar bulan September hingga Disember 2021, Perpustakaan JPM mula mengorak langkah dalam mengimplementasikan sistem automasi perpustakaan KOHA sumber terbuka bagi menggantikan sistem automasi yang lama iaitu ILMU (sejak tahun 2000). Sistem ini sepenuhnya berlandaskan web yang mana memudahkan urusan pendokumentasian dan pencarian bahan secara dalam talian melalui penggunaan Sistem OPAC Setia Perdana (KOHA) walau di mana anda berada.
Selain itu, pihak perpustakaan juga turut berperanan membangunkan koleksi kandungan digital dari pelbagai sumber media milik JPM dan agensi di bawah JPM menerusi Sistem Repositori Setia Perdana (DSpace) untuk disimpan dan sebagai rujukan warga PAJPM khususnya dan pengguna luar amnya.
Menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang selesa, cepat dan berkesan kepada setiap pengguna serta menyemarakkan pembudayaan amalan membaca dalam kalangan warga Jabatan Perdana Menteri; dan
Menjadi pusat rujukan kecemerlangan maklumat terunggul khususnya di kalangan warga Jabatan Perdana Menteri dan Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri amnya.
Merancang, mengurus dan menjalankan proses perolehan, langganan bahan bacaan perpustakaan.
Merancang, mengurus dan menjalankan proses pemprosesan dan pengkatalogan bahan bacaan perpustakaan.
Merancang, mengurus dan menjalankan proses penjilidan dan pemuliharaan bahan bacaan perpustakaan.
Merancang, mengurus dan menjalankan proses pelupusan bahan bacaan perpustakaan.
Merancang, mengurus dan menyelenggara perkhidmatan maklumat elektronik serta membangunkan kandungan digital bahan perpustakaan.
Merancang, mengurus dan melaksanakan perkhidmatan maklumat dan rujukan serta perkhidmatan sirkulasi kepada warga JPM.
Merancang, mengurus dan melaksanakan Program Galakan Membaca untuk mempromosikan pembacaan, maklumat dan perpustakaan kepada warga JPM; dan
Menjadi pusat untuk urusan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) atau pinjaman antara perpustakaan bagi PAJPM.
1. Memastikan perolehan koleksi yang berkualiti dan terkini mengikut kadar peruntukan yang diluluskan.
2. Memberi perkhidmatan pinjaman, pemulangan dan pembaharuan bahan dalam tempoh 5 - 10 minit.
3. Menyediakan kemudahan Portal Perpustakaan yang boleh diakses 24 jam.
4. Mengeluarkan surat peringatan pemulangan bahan bacaan seperti berikut:
Pertama : 1 hari bekerja selepas tamat tempoh pinjaman;
Kedua : 7 hari selepas surat peringatan pertama; dan
Ketiga : 14 hari selepas surat peringatan kedua
Semua warga JPM dan pelawat boleh merujuk dan membaca bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan.
Perkhidmatan ini meliputi pendaftaran keahlian baru, pinjaman/pemulangan serta tempahan bahan untuk pinjaman. Semua warga JPM diwajibkan mendaftar sebagai ahli perpustakaan bagi membolehkan mereka meminjam bahan bacaan.
Perkhidmatan rujukan dan pencarian maklumat bertujuan bagi membantu pengguna perpustakaan mendapatkan maklumat yang dicari melalui pertanyaan kepada Pustakawan. Pertanyaan boleh disalurkan sama ada secara lisan atau bertulis melalui telefon, emel, surat, media sosial atau secara bersemuka dengan Pustakawan.
Medium rujukan meliputi pencarian maklumat fizikal dan dalam talian:
Buku
Jurnal/Majalah
Laporan Tahunan
Pangkalan Data
eBook/Kandungan Digital
Selian itu, pengguna juga amat digalakkan menggunakan platform digital yang disediakan seperti OPAC Setia Perdana, Repositori Setia Perdana dan Sumber Digital Perpustakaan untuk membuat sebarang pencarian bahan dalam koleksi Perpustakaan JPM.
Seterusnya
Perpustakaan JPM menyediakan perkhidmatan maklumat secara digital melalui Pangkalan Data Dalam Talian seperti berikut:
1. Repositori Setia Perdana, Perpustakaan JPM
Platform di mana pengguna boleh mengakses bahan kandungan digital daripada koleksi Perpustakaan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
2. Sistem E-Foto Jabatan Perdana Menteri
Merupakan satu enjin carian untuk himpunan koleksi gambar aktiviti JPM termasuk upacara rasmi yang melibatkan YDPA, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri di bawah JPM, Timbalan Menteri di bawah JPM serta JPM secara keseluruhannya.
3. Akhbar Dalam Talian
Capaian ke akhbar dalam talian melalui Portal Perpustakaan JPM. Akhbar yang dilanggan adalah Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, New Straits Time dan lain-lain. Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan ini boleh menghubungi Seksyen Perpustakaan JPM untuk mendapatkan katalaluan di talian 03-88723673/ 03-88723682/ 03-88723680.
4. Sumber Digital
Himpunan beberapa pangkalan data yang boleh diakses percuma merangkumi koleksi digital buku, jurnal, akhbar dan rekod perpustakaan untuk untuk rujukan penyelidik, pustakawan dan orang awam.
Seterusnya
Perkhidmatan ini ditawarkan melalui penyediaan perkara-perkara berikut:
Edaran Artikel Majalah/Jurnal Terpilih melalui emel kepada warga JPM
Edaran Senarai Sinopsis Bahan Bacaan Terpilih Perpustakaan melalui emel kepada warga JPM
Edaran pautan web maklumat terpilih dalam internet melalui emel kepada warga JPM
Pameran buku baru
Seterusnya
Perpustakaan JPM menggunakan Sistem Automasi Perpustakaan KOHA (sumber terbuka) yang menggunakan OPAC sebagai platform untuk memudahkan pengguna dan warga JPM membuat carian bahan yang terdapat di perpustakaan walau di mana berada melalui Laman Portal Rasmi Perpustakaan JPM di pautan www.perpustakaan.jpm.gov.my.
Perpustakaan JPM merupakan pusat bagi pinjaman antara perpustakaan melalui perkhidmatan Inter Library Loan (ILL) menerusi Sistem Katalog Induk Kebangsaan (KIK) milik Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Melalui perkhidmatan ini warga JPM boleh meminjam bahan bacaan daripada perpustakaan lain melalui perpustakaan JPM tanpa perlu ke perpustakaan tersebut.
Perpustakaan JPM meneruskan usaha menggalakkan minat membaca di kalangan warga JPM melalui pelbagai program galakan membaca yang dijalankan seperti kuiz, ceramah, jualan buku, program bersama kanak-kanak, bicara buku bersama penulis, kempen pinjaman dari meja ke meja dan lain-lain lagi.
Pengguna boleh mengakses Internet secara percuma dan memainkan CD/VCD/DVD multimedia di perpustakaan melalui komputer di ruang siber.
Pempakejan maklumat disediakan mengikut isu-isu tertentu seperti isu nasional terkini, untuk memudahkan ia dirujuk semula.
Pempakejan maklumat disusun mengikut topik dan subjek tertentu berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui artikel keratan akhbar atau artikel yang diterbitkan melalui maya bersumberkan maklumat tepat dan sahih dari segi sumbernya.
Pempakejan maklumat boleh diakses secara dalam talian melalui Sistem Repositori Digital Setia Perdana yang sediakan.
Seterusnya
BOOK2U merupakan idea norma baru dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran buku terus ke meja warga PAJPM. Sebagai ahli perpustakaan, peminjam hanya perlu mengisi borang permohonan secara atas talian dan pihak perpustakaan akan menghantar buku yang dipohon kepada peminjam. Borang permohonan perkhidmatan BOOK2U boleh didapati di Portal Perpustakaan JPM, sistem OPAC Setia Perdana dan melalui imbasan QR Code di poster atau edaran email kepada warga PAJPM dari semasa ke semasa.
LIBRARY2U merupakan Perkhidmatan Kaunter Bergerak Perpustakaan JPM. LIBRARY2U akan di laksanakan semasa majlis-majlis rasmi dan aktiviti-aktiviti lain seperti program santai, kursus dan lain-lain yang dirasakan sesuai dan mengikut keperluan dan jemputan. LIBRARY2U menyediakan kemudahan perkhidmatan pinjaman dan pemulangan bahan perpustakaan, pameran, jualan buku dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian dari semasa ke semasa. Pihak perpustakaan akan menetapkan lokasi, tarikh dan waktu perkhidmatan serta menyediakan buku-buku terpilih untuk kemudahan pinjaman berdasarkan kesesuaian pihak perpustakaan atau urusetia/penganjur program.
Seterusnya
International Standard Book Number (ISBN) merupakan nombor piawaian antarabangsa yang mempunyai 13 angka dan unik bagi pengenalan kepada sesebuah buku yang diterbitkan oleh penerbit di mana-mana negara. Nombor ISBN ini diperolehi daripada Agensi ISBN Antarabangsa yang berpusat di London. Setiap negara di dunia mempunyai sebuah pusat bagi pengeluaran nombor ISBN ini bagi negara berkenaan.
International Standard Serial Number (ISSN) merupakan nombor yang mengandungi lapan angka digunakan bagi penerbitan bahan terbitan berkala atau bersiri sementara International Standard Book Number (ISBN) digunakan bagi bahan terbitan tidak berkala.
Perpustakaan JPM memberikan perkhidmatan untuk membantu Unit Komunikasi Korporat khususnya dan PAJPM amnya untuk mendapatkan nombor ISBN/ISSN bagi setiap penerbitan JPM yang akan diterbitkan melalui Perpustakaan Negara Malaysia yang dilantik sebagai Pusat Kebangsaan yang mengeluarkan ISBN/ISSN.
Perkhidmatan ini adalah secara percuma kepada penerbit daripada jabatan atau agensi kerajaan, swasta mahupun penerbit daripada badan-badan bukan kerajaan.Perkhidmatan ini adalah secara percuma kepada penerbit daripada jabatan atau agensi kerajaan, swasta mahupun penerbit daripada badan-badan bukan kerajaan.
Seterusnya
Repositori Setia Perdana merupakan platform kandungan digital yang menghimpunkan semua bentuk dokumen, video, foto dan audio ke dalam format digital. Segala dokumen berkenaan akan dibina metadata masing-masing untuk memudahkan pengguna membuat pencarian.
Semua koleksi digital ini boleh diakses melalui platform Sistem Repositori Setia Perdana di pautan www.repositori.jpm.gov.my.
Koleksi ini merupakan koleksi bahan buku daripada dalam dan luar negeri yang merangkumi bahan fiksyen dan bukan fiksyen.
Koleksi ini adalah merangkumi koleksi bahan maklumat yang diterbitkan secara berkala seperti berikut:
Majalah
Jurnal
Suratkhabar
Akta / Pekeliling
Laporan (merangkumi pelbagai laporan daripada JPM dan lain-lain agensi kerajaan termasuk swasta)
Seterusnya
Koleksi ini merupakan himpunan koleksi bahan laporan tahunan Jabatan Perdana Menteri, Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai agensi serta jabatan kerajaan mahupun badan berkanun.
Seterusnya
Koleksi SERU (Sosio Economic Research Unit) JPM merupakan sebahagian dari koleksi yang diperolehi dari unit penyelidikan sosioekonomi, Jabatan Perdana Menteri bermula dari tahun 1950 sehingga tahun 1987. Koleksi ini merangkumi kajian dan penyelidikan berkaitan sosioekonomi dan keperluan asas penduduk di Malaysia khususnya di kawasan pendalaman dan kawasan-kawasan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan pada masa hadapan untuk kepentingan bersama.
Perpustakaan Setia Perdana, JPM telah mengambil inisiatif untuk mendigitalkan koleksi ini untuk rujukan pada kini dan masa hadapan di dalam Sistem Repositori Setia Perdana, Perpustakaan Jabatan Perdana Menteri.
Seterusnya
Koleksi pameran buku terbaru merupakan koleksi terkini yang diperoleh oleh perpustakaan untuk rujukan warga JPM yang dipamerkan di ruang hadapan kaunter perkhidmatan Perpustakaan.
Seterusnya
Koleksi ini merupakan koleksi daripada dalam dan luar negeri yang merangkumi bahan fiksyen dan berbentuk pendidikan bagi menarik minat kanak kanak untuk membaca.
Koleksi ini merupakan himpunan koleksi gambar aktiviti JPM termasuk upacara rasmi yang melibatkan Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri di bawah JPM dan pihak Pengurusan Tertinggi JPM yang dimuat naik ke dalam Sistem e-Foto Jabatan Perdana Menteri.
https://efoto.jpm.gov.my/
Kembali
Koleksi ini merupakan himpunan artikel dan berita semasa akhbar dalam talian yang terpilih berlandaskan isu-isu berkaitan Perdana Menteri/Timbalan Menteri/Menteri-Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri serta agensi PAJPM, dasar-dasar kerajaan, penjawat awam dan lain-lain isu nasional yang penting.
Selain hebahan secara emel dan media sosial, koleksi ini boleh didapati di dalam Sistem Repositori Setia Perdana, Perpustakaan Jabatan Perdana Menteri.
Kembali
Koleksi ini merupakan himpunan CD-ROM, CD dan VCD dalam pelbagai topik termasuk CD kanak-kanak untuk kegunaan warga JPM.
PNM ELIB | ![]() |
Merupakan inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia dalam menyediakan platform perkhidmatan membaca dan peminjaman e-book tempatan secara dalam talian untuk tempoh tujuh (7) hari secara percuma kepada rakyat Malaysia.
BERNAMA Library and Infolink Service BLIS | ![]() |
BERNAMA Library dan Infolink Service (BLIS) merupakan sebuah portal yang kaya dengan maklumat serta berita-berita yang sahih dalam Malaysia.
u-Pustaka | ![]() |
http://www.u-library.gov.my/portal/ms/home
Perkhidmatan u-Pustaka merupakan satu inovasi yang memanifestasikan sinergi kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka.
PDF Drive | ![]() |
PDF Drive adalah enjin pencarian yang menawarkan koleksi e-book secara percuma dalam bentuk fail PDF. Sehingga hari ini PDF Drive mempunyai 85,695,192 e-book dimuat turun secara percuma. Tanpa iklan yang menjengkelkan, tanpa had muat turun, nikmati dan jangan lupa untuk mendapatkan buku yang diminati.
Freebookcentre | ![]() |
http://www.freebookcentre.net/Networking/networkCategory.html
Web yang mengandungi pautan ke beribu-ribu buku teknikal dalam talian percuma. Koleksi buku sama ada boleh dimuat turun atau boleh dilihat dalam talian. Koleksi kami termasuk teras Sains Komputer, Elektronik, Sains, Perubatan dan banyak lagi. Anda dialu-alukan untuk mengikuti pautan berikut untuk lawatan buku percuma.
Getfreeebooks.com | ![]() |
https://www.getfreeebooks.com/
Web yang membawa kedua-dua pengarang dan pembaca ke dalam dunia e-buku percuma. Pengarang dengan e-buku mereka akan mendapat manfaat yang besar daripada komuniti pembaca yang besar dan pembaca akan mendapat balasan, sudah tentu, akan mempunyai banyak bahan untuk dibaca sepuas hati mereka. Nikmati video, maklumat grafik, senarai dan memuat turun e-buku sah secara percuma, tersedia dalam pelbagai format popular. Banyak kategori untuk anda pilih.
The Open Library | ![]() |
Sebuah projek Arkib Internet, Perpustakaan Terbuka menawarkan lebih satu juta e-buku percuma. Projek ini dimulakan oleh Aaron Swartz dan pada asalnya dibangunkan untuk menyokong komuniti kurang upaya cetakan. Koleksi ini menawarkan lebih banyak bahan kontemporari daripada Arkib Internet.
onlinenewspapers.com | ![]() |
https://www.onlinenewspapers.com/index.shtml
Thousand of World Newspapers merupakan laman web yang mempunyai pautan akses beribu-ribu akhbar dalam talian yang disusun mengikut Negara dan Wilayah. Antaranya adalah Amerika Utara dan Caribbean ; Afrika ; Amerika Selatan dan Tengah ; Asia dan Timur Tengah dan Eropah.
Manybooks | ![]() |
Sebuah platform e-book yang menyediakan koleksi bahan bacaan berjumlah lebih 50,000 pilihan buku moden dan klasik yang menunggu untuk ditemui dan dibaca. Semua bahan bacaan ini boleh diakses secara percuma malah tersedia dalam kebanyakan format e-reader.
MyRepositori|Khazanah Digital Negara | ![]() |
https://upnih.pnm.gov.my/myrepo-public/welcome
Sistem MyRepositori dibangunkan dari Projek Pembangunan u-Pustaka sebagai Hab Maklumat Negara dalam Projek ICT RMK-11 (RP2) merupakan platform bagi mengumpulkan koleksi yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai khazanah digital negara dalam pelbagai format digital bagi memastikan ianya dapat diakses tanpa sempadan dengan menggunakan teknologi terkini.
Katalog Induk Kebangsaan (KIK) | ![]() |
https://upnih.pnm.gov.my/kik-public/index.php/en/
Merupakan perkhidmatan perkongsian sumber di kalangan perpustakaan konsortium di Malaysia yag dihos dan diselaras oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Menyediakan akses kepada sumber maklumat yang komprehensif mengenai data dan rekod bahan perpustakan di Malaysia untuk rujukan penyelidik, pustakawan dan orang awam.
Free Ebook | ![]() |
Free-eBooks.net ialah sumber #1 internet untuk muat turun eBook percuma, sumber eBook dan pengarang eBook.
Baca dan muat turun eBuku secara Percuma: bila-bila masa! Buku Percuma
Project Guternberg | ![]() |
Pilih antara epub dan eBook Kindle percuma, muat turun atau baca dalam talian. Anda akan menemui sastera hebat dunia di sini, dengan tumpuan pada karya lama yang hak cipta A.S. telah tamat tempoh. Beribu-ribu sukarelawan mendigitalkan dan rajin membaca pruf eBook, untuk anda nikmati.
The Internet Archive | ![]() |
https://archive.org/details/texts
Projek besar ini menawarkan audio, video, perisian, halaman web yang diarkibkan, dan e-buku kepada orang awam. Terdapat lebih 5 juta buku dan item hanya menunggu untuk ditemui oleh anda. Arkib Internet mengehos bahan yang dipilih susun daripada lebih 1500 koleksi, meliputi 184 bahasa yang berbeza. Anda akan dapat menemui banyak kesusasteraan, teks sejarah, bahan penyelidikan dan juga koleksi istimewa seperti buku masakan dan klasik kanak-kanak.
FreeTechBooks | ![]() |
FreeTechBooks mempunyai koleksi besar yang menampilkan buku tentang kejuruteraan, pengaturcaraan, sains komputer, matematik dan subjek teknikal yang lain. Terdapat buku, buku teks, dan juga nota kuliah tersedia!
Senarai akses langganan akhbar dalam talian bagi kegunaan warga PAJPM dan Agensi JPM adalah seperti berikut: